Saturday, October 12, 2013

Forum Khas dan Jamuan Makan Malam pada 20 Oktober 2013 Sempena Ulang Tahun Ke-12 Sahabat Rakyat Working Committee

Forum Khas dan Jamuan Makan Malam 
pada 20 Oktober 2013
Sempena Ulang Tahun Ke-12
Sahabat Rakyat Working Committee

Kenyataan akhbar Sahabat Rakyat Working Committee bertarikh 12hb Oktober 2013


Sahabat Rakyat Working Committee akan menganjurkan forum khas bertema "Pertubuhan Masyarakat (NGO)•Perjuangan Berparlimen•Demokrasi dan Hak Asasi Manusia" dan jamuan makan pada 20 Oktober 2013 (Ahad), jam 2.30 ptg hingga 7.00 ptg di Restoran Cathay, Kulai sempana sambutan ulang tahun ke-12 Sahabat Rakyat. Aktiviti ini terdiri daripada gabungan dua slot iaitu slot Forum dari pukul 2.30 ptg hingga 5.30 ptg (3 jam) dan slot jamuan dari 5.30 ptg hingga 7.00 ptg. Tetamu diminta lapor diri pada pukul 2.00 ptg supaya forum boleh bermula tepat pada waktu dan masa perbincangan mencukupi.

Wong Tack, Hew Kuan Yau, Low Sik Thong dan Zaid Kamaruddin diundang berucap

Barisan panel forum ini semuanya terkemuka dan mempunyai perwakilan tersendiri. Ahli panel dan tajuk ucapan mereka adalah : 

1. Wong Tack (Pengerusi Himpunan Hijau) – Tajuk belum ditentukan
2. Hew Kuan Yau (interlektual politik) – Mencabar batasan untuk kebebasan, melancar perjuangan untuk keadilan 
3. Low Sik Thong (Pemimpin Pertubuhan Tiong Hua) – Pertubuhan Masyarakat Harus Kuasai Perjuangan Berparlimen;Membentuk Barisan Persatuan, Perjuangkan Demokrasi & Hak Asasi Manusia!
4. Zaid Kamaruddin (Wakil Gabungan Bertindak Malaysia) – Pertubuhan Masyarakat Sivil dan perubahan – Satu pendekatan kolaboratif/usahasama (Civil Society Organisations and Change: A Collaborative Approach)

Salah seorang ahli panel (seorang pemimpin pertubuhan agama) yang turut diundang oleh Sahabat Rakyat telah menolak jemputan kami untuk berucap dan membentangkan makalah kerana kekangan masa dan jadual urusannya yang ketat. Walau bagaimanapun, kami berharap di masa depan, Sahabat Rakyat akan dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama erat dengan pertubuhan-pertubuhan semua agama dan peminpin-pemimpin mereka. 

Ahli panel masing-masing akan memilih bahasa (antara bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris) yang paling selesa untuk menyampaikan ucapan mereka. Ahli panel juga akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh para hadirin selepas ucapan. 

Program ulang tahun ini menyediakan 300 kupon dan menjemput semua yang prihatin kepada masa depan negara dan keadaan demokrasi dan hak asasi untuk menyertai program ini. Harga satu kupon adalah RM40, manakala meja VIP (10 seat) ialah RM800. Sesiapa yang berminat, sila hubungi 016-7782707 atau emel ke suaramjb1@gmail.com atau tinggalkan mesej di facebook kami (https://www.facebook.com/sahabat.rakyat.malaysia).

Senarai Ahli Jawatankuasa Sahabat Rakyat Working Committee Penggal Ke-6

Kami juga akan memperkenalkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Sahabat Rakyat Working Committee penggal ke-6 yang akan memegang jawatan dari tahun 2013 hingga tahun 2015. Senarai AJK seperti berikut: 

Presidium: Chan Jock Lan, Wong Kwai Man, Choo Shinn Chei (3 orang)
Sekretariat: Yong Siew Lee, Fang Pei Fen, Ang Pei Shan (3 orang)
Jawatankuasa Perihal Kewangan:  Cheng Lee Whee, Goh Chee Horng, Liang Peck Kuan (3 orang)
Ahli Jawatankuasa: Mohd Nasir Prayitno, Chen Xin, Ng Tee Neng, Lee Chun How, Ngo Jian Yee, Nyam Kee Han, Lee Chen Kang, Chin Siew Chien, Kong Eng Swee, Chai Bing Nee, Ng Siew Hong, Cheng Hui, Law Swee Kah, Lam Fatt Loi, Tan Wee Tiong, Hon You Ping, Yeo Tung Siong, Lee Chen Feng (18 orang)


Anda juga boleh membaca kenyataan ini dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.


Pautan lain:
1.  Forum "Pertubuhan masyarakat • Perjuangan berparlimen • Demokrasi dan hak asasi manusia"
2.  Forum sempena Ulang tahun ke-12 Sahabat Rakyat Working Committee: Wong Tack, Hew Kuan Yau, Low Sik Thong dan lain-lain Dijemput Berucap

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)